MATLAMAT


VISI

SAINS DAN MATEMATIK

SUMBER INSAN DINAMIK

MISI

nilai murni melalui PdPC Sains dan Matematik

meningkatkan profesionalisme guru

PENGUMUMAN (sila tekan untuk baca)

PERINGATAN BERSAMA BERHUBUNG PENGGUNAAN BAHASA

1. Pihak Sekolah menerima aduan daripada ibu bapa berkenaan dengan penggunaan bahasa dalam kelas yang melibatkan guru Sains dan Matematik, dan ini bukan kali pertama


2. Maka di sini ingin saya memberi penekanan bahawa hanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dibenarkan dalam kelas sepenuhnya, TIADA BAHASA IBUNDA dalam kelas walaupun perbincangan kumpulan


3. Sekiranya kelas DLP, maka penggunaan Bahasa Inggeris perlu digunakan secara meluas, penerangan boleh dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sekiranya perlu


4. Diharapkan semua guru AKUR dengan arahan sedemikian, saya tidak berharap untuk menerima aduan sedemikian daripada mana-mana pihak lagi


Harap maklum...

SISTEM SEMAK DAN PENGURUSAN UJIAN / PEPERIKSAAN BSM (SULIT UNTUK PELAJAR)

https://datastudio.google.com/u/0/reporting/90fc8537-e5a8-4e77-8a55-39bc83caeab3/page/nghdC


1. Dalam membudayakan Pendigitalan MBS, Sistem Semak Pengurusan Ujian dan Peperiksaan telah dibangunkan dalam menguruskan Kertas Ujian / Peperisaan dan Analisis Ujian / Peperiksaan yang merangkumi Analisis Item dan Post Mortem di bawah Bidang Sains dan Matematik. 


2. Objektif Pengurusan Ujian dan Peperisaan ini adalah untuk memastikan semua dokumentasi ini diuruskan dengan lebih sistematik dan berkesan. Hasil analisis ini akan digunakan untuk penambahbaikan ataupun tindak susul.


3. Guru-guru boleh memuatnaikkan Kertas Ujian/Peperiksaan dan Skema Pemarkahan di sini supaya memudahkan semakan pada masa depan. Cikgu digalakkan untuk uploadkan fail dalam bentuk PDF, sila renamekan fail ikut format demikian Kertas Ujian/Peperiksaan - PPT MATH T1 2022; Skema Pemarkahan - SP PPT MATH T2 2022; Analisis Item - AI PPT MATH 1M1 2022; Post Mortem - PM PPT MATH 2M2 2022


4. Laporan Analisis Item dan Post Mortem juga perlu dimuatnaik dalam platform ini untuk memudahkan Penyelaras Tingkatan dan Ketua Panitia mengambil tindakan susulan selepas Ujian/Peperiksaan


MAKLUMAN PENTING

1. ‼️Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun‼️

Difahamkan Puan Roselina akan masuk hospital pada awal bulan Ogos, sila pastikan Kertas PPT dihantar dalam MINGGU INI kepada KP untuk urusan pencetakan


2. ‼️Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)‼️

Sila bersedia dengan data PBD untuk diisi dalam template bila-bila masa mulai sekarang. Pihak Sekolah akan mencetak slip PBD Pertengahan Tahun dalam bulan Ogos juga


3. ‼️SUDUT MATA PELAJARAN‼️

Sila pastikan Sudut Mata Pelajaran dalam kelas dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Mana-mana kelas yang masih belum ambil tindakan sila bertindak serte-merta


4. ‼️eRPH‼️

Sila pastikan folder dalam eRPH dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Didapati markah U1 ada yang masih belum dimasukkan dalam folder. Sama juga dengan folder yang lain


5. ‼️MINGGU STEM‼️

Kesemua laporan Minggu STEM dan tindakan yang perlu diambil lanjutan daripada Minggu STEM perlu diselesaikan selewat-lewatnya 29/7/2022 (Jumaat)


Saya harapkan tiada sebarang penangguhan yang berlaku atas perkara yang disenaraikan di atas. Harap maklum...

NOTA UNTUK GURU

Saya kongsikan nota terma pendekatan pembelajaran, mana tau berguna untuk rakan guru.


1.Pembelajaran Berasaskan Modul


Pendekatan instruksional yang dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan matapelajaran. Perlu mengandungi objektif, tempoh pelaksanaan, nota, aktiviti yang relevan dan juga pentaksiran.


2.Pembelajaran Berasaskan Projek


Pembelajaran berasaskan projek adalah pendekatan instruksional yang dirancang untuk memberi pelajar peluang untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran melalui projek yang merangkumi cabaran dan masalah yang mungkin mereka hadapi di dunia nyata.


3.Flipped Classroom


Strategi pengajaran dan jenis pembelajaran campuran, yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan dan pembelajaran pelajar dengan meminta pelajar menyelesaikan bacaan di rumah dan mengerjakan penyelesaian masalah secara langsung semasa waktu kelas.


4.Pembelajaran Berasaskan Inkuiri


Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan peranan pelajar dalam proses pembelajaran. Daripada cuma menghafal fakta dan bahan, pelajar belajar dengan melakukan (learning by doing). Ini membolehkan mereka membina pengetahuan melalui penerokaan, pengalaman, dan perbincangan.


5.Kontekstual Learning.


Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran berlaku hanya apabila pelajar memproses maklumat atau pengetahuan baru bagi benda yang make sense dengan mereka. Benda yang berkaitan dengan mereka, benda yang mereka lakukan dalam hidup.

Idea by Dewey.


6.Masteri Learning


Semua atau hampir semua murid boleh menguasai satu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai, masa yang cukup disediakan untuk murid menguasai pembelajarannya (Bloom, 1968).


Murid perlu menguasai satu-satu unit pembelajaran, sebelum berpindah ke unit yang lain. Di sini wujudnya latihan pengayaan (untuk murid cerdas pintar) dan latihan pengukuhan (untuk murid yang belum menguasai). Nak narrow the gap of achievement.


7.Pembelajaran Berasaskan Masalah


Pembelajaran berasaskan masalah adalah pendekatan berpusatkan pelajar di mana pelajar belajar tentang sesuatu perkara dengan bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah terbuka. Masalah inilah yang mendorong motivasi dan pembelajaran.


Semoga membantu para guru Malaysia.

MAKLUMAN PENTING

1. ‼️Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun‼️

Difahamkan Puan Roselina akan masuk hospital pada awal bulan Ogos, sila pastikan Kertas PPT dihantar dalam MINGGU INI kepada KP untuk urusan pencetakan


2. ‼️Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)‼️

Sila bersedia dengan data PBD untuk diisi dalam template bila-bila masa mulai sekarang. Pihak Sekolah akan mencetak slip PBD Pertengahan Tahun dalam bulan Ogos juga


3. ‼️SUDUT MATA PELAJARAN‼️

Sila pastikan Sudut Mata Pelajaran dalam kelas dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Mana-mana kelas yang masih belum ambil tindakan sila bertindak serte-merta


4. ‼️eRPH‼️

Sila pastikan folder dalam eRPH dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Didapati markah U1 ada yang masih belum dimasukkan dalam folder. Sama juga dengan folder yang lain


5. ‼️MINGGU STEM‼️

Kesemua laporan Minggu STEM dan tindakan yang perlu diambil lanjutan daripada Minggu STEM perlu diselesaikan selewat-lewatnya 29/7/2022 (Jumaat)


Saya harapkan tiada sebarang penangguhan yang berlaku atas perkara yang disenaraikan di atas. Harap maklum...


PENGHARGAAN KEPADA SEMUA GURU

Sukacita dimaklumkan bahawa Minggu STEM 2022 telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat atas komitmen dan pengorbanan guru dalam menjayakan Minggu STEM 2022 ini. Walaupun Bidang Sains dan Matematik menghadapi kekurangan guru yang kritikal, namun sekali lagi kita buktikan bahawa pasukan kita mampu menempuh cabaran ini dengan kerjasama dan penyelarasan yang dilakukan. Kita berjaya menganjurkan satu Minggu STEM yang mengandungi banyak aktivit yang memberi impak positif kepada murid malahan para guru. Saya secara peribadi kagum dan terpegun dengan usaha guru yang sering kali fikirkan yang terbaik untuk murid kita. Saya berharap elemen positif yang kita dapat dalam Minggu STEM ini dapat dilanjutkan dalam PdPC kita dalam kelas nanti. Sama-sama kita mengorak langkah untuk mencipta sesuatu yang lebih menakjudkan pada masa akan datang...

TEACHER SUPPORT SYSTEM #TSS

(PASANGAN UNTUK SEMAKAN BUKU LATIHAN DAN PENCERAPAN SESAMA GURU)


AHMAD FAKARUDDIN BIN MOHAMMAD

SAKINAH BINTI OTHMAN MYDIN


ILA FARIDA BINTI ZULFAN SANI

TAN SIEW LEE


FATIHAH BINTI HANIZUDDIN

MIZAN ADILLIAH BINTI RUDI


PUTERI NOR AZIRAH BINTI JOHARI

YEOH SOON KHUAN


SABRIYA BINTI ABDUL JABBAR

SYAMIMI NUR AQILA BINTI AWALLUDIN


CHANG BOON JIUN

NURUL HAFIZAH CHE HASEM


TAN SYNN SHENG

LOH SHENG FEN


WANISMAWATI BT. OTHMAN

NAZHANI BINTI ISMAIL


1. Guru-guru di bawah Bidang Sains dan Matematik telah diagihkan dengan pasangan mengikut subjek dan tingkatan yang diajar.


2. Pasangan guru ini perlu melaksanakan semakan buku latihan (semua buku) dan pencerapan sesama pasangan masing-masing selewat-lewatnya pada 30/6/2022 (Khamis)


3. Borang yang digunakan adalah seperti berikut 

(i) Borang Semak Buku Latihan ( https://docs.google.com/document/d/1Cx7HXq07FQQMKUqfqaw-l7jTiypdC6m8O6PqydoagUs/edit?usp=sharing )

(ii) Borang SKPMg2 Pencerapan ( https://docs.google.com/spreadsheets/d/16kQCe2nN-wNS9BriiWGWEQdEtQnBmkB-vzoCvZll2I0/edit?usp=sharing )


4. Guru perlu make a copy untuk pengisian borang di atas. Selepas diisi, sila simpan satu salinan dalam folder di bawah nama guru masing-masing

( https://drive.google.com/drive/folders/1XFZs3C8Bmze4y6z1ebhXi3jtLkoVHSCM?usp=sharing )


5. Pasangan guru boleh berbincang untuk menetapkan tarikh penghantaran buku latihan dan pencerapan, laporan semakan buku latihan dan pencerapan perlu dihantar kepada KP masing-masing sebagai rekod


6. Ini merupakan kali pertama kita berbuat demikian dalam usaha meningkatkan kualiti PdPC guru. Pada masa yang sama kita nak mengaktifkan PLC bidang kita. Diharapkan kerjasama semua guru boleh menjayakan usaha ini


Harap maklum...


MAKLUMAN MINIT CURAI DAN LAPORAN AKTIVITI


1. Belakangan ini terdapat ramai guru yang keluar untuk menghadiri Mesyuarat, Taklimat, Bengkel dan sebagainya, guru-guru diingatkan untuk menulis Minit Curai melalui platform yang telah disediakan ( https://datastudio.google.com/u/2/reporting/93071a20-3eb2-464b-92f7-72fd826c0582/page/m82aC )


2. Selepas kehadiran guru ke Mesyuarat, Taklimat, Bengkel dan sebagainya, sila berjumpa dengan Pengetua untuk memaklumkan tindakan yang perlu diambil sekolah supaya tidak berlakunya keciciran maklumat. 


3. Guru-guru diminta untuk mengemaskinikan maklumat ini dalam minggu ini dan mengambil tindakan dan sepatutnya dalam tempoh masa yang ditetapkan


4. Pada masa yang sama, terdapat banyak aktiviti sekolah sama ada di dalam dan luar sekolah yang diadakan dalam tempoh masa ini. Guru-guru diingatkan untuk menghantar laporan melalui platfrom yang disediakan ( https://datastudio.google.com/reporting/243090e1-8cdc-43c9-80d4-f3adce45338e )


5. Laporan Sekolah sedemikan penting sebagai dokumentasi. Kerjasama semua guru amatlah dihargai untuk memastikan rekod sekolah disimpan dengan sebaiknya dalam tempoh masa yang ditetapkan


6. Peringatan untuk melengkapkan semua yang belum lengkap SEBELUM CUTI SEKOLAH INI


MAKLUMAN DAN PERINGATAN BERSAMA‼️‼️‼️

1. eRPH 

- Mengikut pemantauan sehingga hari ini, masih ada guru yang tidak melengkapkan RPT dalam eRPH, folder tidak lengkap dengan maklumat yang diperlukan dan kehadiran pelajar tidak dikemaskinikan, folder 6 Sukatan Pelajaran tidak dimasukkan

2. Borang Target (TOV dan ETR)

- Masih ada guru yang belum mengambil tindakan untuk melekatkan borang dalam Buku Latihan atau belum mengisi markah TOV dan ETR, perlu ditandatangani oleh Guru Subjek sebagai pengesahan

3. Buku Latihan

- Sila pastikan latihan diberikan kepada murid mengikut Borang Kontrak latihan, terdapat kelas yang sehingga hari ini tanpa sebarang latihan diberikan, terdapat juga kelas yang setakat hari ini belum ada semakan yang dibuat

4. PdPC

- Sila pastikan PdPC dijalankan mengikut RPT, kalau ada beza pun dalam 1 minggu sahaja, membuat perancangan yang rapi sebelum masuk kelas supaya PdPC boleh berjalan secara sistematik, jangan biarkan pelajar tidur, perlu ada langkah pengurusan kelas

5. PBD

- Penilaian secara berterusan yang wajib dijalankan oleh semua guru, guru perlu membuat catatan TP mengikut kesesuaian masing-masing dan berusaha membantu murid mencapai TP yang lebih tinggi

6. PBL

- PBL perlu dilakukan sebanyak 2x utk 2 penggal. Guru harus sudah memberi tajuk PBL yg pertama kepada pelajar-pelajar sebelum cuti Hari Raya dan di berikan 1 tempoh masa untuk menyiapkan PBL. Penyelaras tingkatan di minta berbincang dengan guru-guru tingkatan yang lain utk selaraskan tajuk PBL.

7. Peperiksaan

- Semua guru telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Kertas Ujian/Peperiksaan. Sila berbincang dengan Guru Subjek tingkatan berkenaan dengan kandungan dan format Ujian/Peperiksaan dan memastikan maklumat ini disampaikan kepada murid lebih awal. Guru perlu memastikan kertas ujian/peperiksaan dihantar mengikut masa yang ditetapkan

8. PLC

- Mulai tahun ini, semua guru akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekurang-kurangnya 1 kali PLC secara berjadual, mohon kerjasama semua guru mencadangkan satu tajuk untuk dibentangkan dan membuat persediaan yang rapi berhubung perkara ini

9. Tugas Khas dalam Panitia

- Semua guru akan dipertanggungjawabkan dengan tugas tertentu dalam Panitia untuk memastikan urusan panitia dapat berjalan dengan lebih lancar dan sistematik. Semua guru diminta lebih komited dalam menjalankan tugas masing-masing. Ketepatan masa dan hasil merupakan faktor utama kejayaan


Semua perkara yang dinyatakan di atas adalah hasil pemantauan dalam tempoh masa ini. Sekiranya mana-mana guru ada perkara yang disenaraikan di atas masih belum lengkap, mohon selesaikannya dalam minggu sebelum Cuti Raya ini, penangguhan kerja hanya akan menyebabkan kerja terus bertimbun. Harap maklum...

MESYUARAT BIDANG 20220929
PERJUMPAAN BSM 20220802.pdf
PERJUMPAAN BSM 20220427.pptx

ANALISIS KEPUTUSAN SPM

PERANCANGAN BIDANG SAINS DAN MATEMATIK

PERANCANGAN BSM